SK Seremban Jaya 2
SK Seremban Jaya 2 dibina pada tahun 2010. Semoga kelahiran sekolah ini memberi sumbangan yang besar kepada pembinaan modal insan Malaysia yang berkualiti tinggi jasmani dan rohani.
This is default featured post 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
LARANGAN
Pemberitahuan: LARANGAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN HARAM 'BERSIH'
LAGU SEKOLAH
>> Tuesday, July 5, 2011
Di atas mandat mu negara
Di kau tersergam indah
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2
Sekolah kebanggaan kami semua
c/o Kami berjanji setia
Menuntut ilmu berakhlak mulia
Jati diri bersemangat waja
Mengharumkan sekolah yang tercinta
Kepada guru, ibu dan bapa
Kami junjung segala cita
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2
Pasti berjaya dan berjasa
Hasil Ciptaan : Pn Zaitun Bt Ahmad - Mantan GPK HEM 2009-2011
SEJARAH SEKOLAH
Seramai lebih kurang 50 orang guru pelbagai opsyen mula melapor diri di sekolah ini pada 2 Jan 2010 di SK Seremban Jaya 2.
Sekolah ini mula beroperasi pada 4 Jan 2010 dan menumpang di SK Seremban Jaya untuk sementara waktu dan belajar pada sesi persekolahan sebelah petang. Terdapat sebanyak 30 kelas dan murid sulung SKSJ2 adalah seramai 1200 orang murid telah mendaftar di sekolah ini. Sesi persekolahan sebelah petang : ISNIN - KHAMIS 1.15 - 6.35 PTG
JUMAAT 2.15 - 6.35 PTG
Pejabat Pentadbiran sementara sekolah ini ditempatkan di Bilik Percambahan Ilmu, SK Seremban Jaya.
Pada 11 Januari 2010, pihak Kontraktor telah menyerahkan bangunan SK Seremban Jaya 2 kepada pihak KPM dan KPM menyerahkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En. Ahmad Bin Harun di JPNS.
15 Januari 2010 merupakan hari terakhir warga SK Seremban Jaya 2 menumpang teduh menimba ilmu, dan pengalaman di SK Seremban Jaya (4 Januari 2010 - 15 Januari 2010). Semoga ukhuwah ini berterusan selamanya. Terima kasih, SK Seremban Jaya. Budi kalian tidak terbalas.
16 Januari 2010, warga SK Seremban Jaya 2 akan sama-sama bergandingan bergotong-royong menceriakan bangunan baru yang akan mula beroperasi pada 18 Januari 2010 (Isnin). Semua warga SKSJ2 sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan.
18 Januari 2010, hari Isnin merupakan tarikh penting kepada semua warga SK Seremban Jaya 2 kerana hari ini perhimpunan pagi pertama diadakan di Dataran Ilmu SKSJ2 dan perhimpunan ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran JPNS, Tn. Hj. Jamali bin Haji Salam.
Pada tarikh ini juga, Laman Web Sekolah http://sksj2.blogspot.com dirasmikan oleh Timb. Pengarah Pelajaran.
Sejarah terukir indah pada 19 Januari 2010 (Selasa), Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Alimuddin Bin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, bersama-sama Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan dan Pegawai-pegawai JPN dan PPD mengadakan lawatan ke sekolah kami. Pelbagai pesanan disampaikan sebagai bekalan merealisasikan hasrat KPM dalam membina modal insan.
Tahun 2010, SKSJ2 mempunyai 2 blok bangunan, blok pentadbiran, blok akademik, blog prasekolah dan kantin.
Tahun 2010, SK Seremban Jaya 2 melahirkan seramai 18 orang murid 5A, tahniah diucapkan.
Semoga SKSJ2 melakar sejarah kecemerlangan berterusan.
MAJLIS PELANCARAN BULAN KECERGASAN KPM 2011
>> Monday, July 4, 2011
TARIKH : 9 JULAI 2011
MASA : 7.30 - 12.00 T/HARI
HARI : SABTU
TEMPAT : SK SEREMBAN JAYA 2
SASARAN : MURID TAHUN 4, 5 & 6
ATURCARA :
7.30 pagi : Perhimpunan di tapak perhimpunan
7.40 pagi : Bacaan doa, Nyanyian Negaraku, lagu Negeri, lagu sekolah
7.50 pagi ; Ucapan dan Pelancaran oleh Guru Besar
8.00 pagi : Senamrobik dan regangan
8.10 pagi : Pertandingan Sukan - Futsal
12.00 t/hari : Bersurai
CIRI-CIRI PUSAT SUMBER SEKOLAH YANG BERKESAN
Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah. |
Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber. |
Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun. |
Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan , alatan dan maklumat. |
Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik. |
Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran - pembelajaran |
Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum. |















