ANUGERAH UNTUK GURU-GURU SK SEREMBAN JAYA 2

>> Thursday, January 28, 2010



28 JAN - Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Seremban Jaya 2, En. Ahmad Bin Harun hari ini mengumumkan kepada semua guru-guru SK Seremban Jaya 2 mengenai anugerah untuk guru semasa sesi Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum di Balai Permata tengahari tadi. Anugerah tersebut ialah :

ANUGERAH UNTUK GURU :
1. JUARA KEHADIRAN PENUH
2. JUARA KEHADIRAN KO-KURIKULUM PENUH
3. BUKU REKOD MENGAJAR TERCANTIK
4. JUARA RELIEF TERBANYAK

Beliau berharap agar semua guru-guru seronok menjalankan tugas yang diamanahkan. Berita ini disambut dengan tepukan gemuruh daripada semua guru.

0 comments:

CIRI-CIRI PUSAT SUMBER SEKOLAH YANG BERKESAN

Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah.

Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.

Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun.

Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan , alatan dan maklumat.

Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.

Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran - pembelajaran

Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites