SALAM AIDIL FITRI

>> Friday, September 3, 2010

TARIKH : 3 SEPT 2010
SASARAN : GURU-GURU, STAF DAN MURID-MURID SKSJ2
MASA : 11.30 PAGI - 12.00 TENGAHARI

Guru-guru SKSJ2 memohon ampun dan maaf seandainya pernah terkasar bahasa dan terguris perasaan anak-anak sewaktu mendidik dan membimbing kalian. Mengertilah anak-anak, marah dan tegur itulah tanda sayang kami pada kalian. Selamat Menyambut Hari Lebaran dan jangan lupakan buku walau seketika buat calon-calon UPSR 2010. Moga berbahagia di Aidil Fitri nanti. 
Hingga bertemu pada 15 September 2010 (Rabu), sekolah dibuka kembali.

0 comments:

CIRI-CIRI PUSAT SUMBER SEKOLAH YANG BERKESAN

Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah.

Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.

Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun.

Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan , alatan dan maklumat.

Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.

Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran - pembelajaran

Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites